Kelebihan Bulan Zulhijjah: Amalan & Fadhilat Pada 10 Hari Terawal - (2024)

Sepuluh hari pertama Bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling utama berbanding dengan hari-hari yang lain kerana terdapat banyak kelebihan dan fadhilat dalamnya.

Baginda Nabi Muhammad SAW menganjurkan untuk melakukan sebanyak- banyaknya amalan soleh pada hari-hari tersebut.

Semua amal soleh yang dilakukan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah lebih dicintai oleh Allah daripada amal-amal soleh yang dilakukan pada selain hari-hari tersebut.

Jangan lepaskan peluang ini untuk merebut keistimewaan pada bulan Zulhijjah ini supaya mendapat redha-Nya dan kebaikan.

Isi Kandungan

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Zulhijjah merupakan bulan ke-12 dalam kalendar Hijrah yang penuh dengan keberkatan. Sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah adalah antara hari-hari yang paling mulia dalam Islam.

Jika bulan Ramadan dikenali dengan keistimewaan 10 malam terakhir, bulan Zulhijjah pula mempunyai keistimewaan pada 10 hari terawal sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Fajr yang bermaksud “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijjah).

Rasulullah SAW bersabda bahawa tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk melaksanakan amalan soleh selain daripada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Ini adalah waktu yang sangat dianjurkan untuk umat Islam memperbanyakkan amal ibadah.

Kelebihan Bulan Zulhijjah: Amalan & Fadhilat Pada 10 Hari Terawal - (1)

Selain itu beberapa keistimewaan bulan Zulhijjah adalah sebagaimana berikut;

1. Islam Disempurnakan pada Bulan Zulhijjah

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 3:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kamu, dan Aku telah meredhai Islam itu agama bagi kamu.”

Para ulama sepakat bahawa ayat ini turun pada bulan Zulhijjah, ketika haji wada’ di hari Arafah. Hal ini menunjukkan betapa istimewanya bulan ini dalam sejarah Islam.

2. Puasa Hari Arafah

Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak melaksanakan haji. Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat al-Imam An-Nasaa’i)

Ini menunjukkan betapa besar ganjaran yang diberikan Allah SWT kepada mereka yang berpuasa pada hari tersebut.

3. Menyembelih Binatang Korban

Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik pelaksanaan haji adalah yang paling banyak bertalbiyah dan yang paling banyak berhadyu (menyembelih binatang sebagai hadiah untuk fakir miskin).” (Riwayat al-Imam Abu Ya’la, An-Nasaa’i, al-Haakim, dan al-Baihaqi)

Bulan Zulhijjah juga dikenali sebagai bulan korban kerana banyaknya binatang korban yang disembelih pada bulan ini, khususnya pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah).

Amalan-Amalan yang Dianjurkan pada 10 Hari Terawal Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan haram yang bermaksud tidak dibenarkan berperang kerana dianggap sebagai bulan yang suci.

Ini berdasarkan Hadis Nabi yang bermaksud “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” (HR Al-Bukhari, hadis sahih)

Jika bulan Ramadan dikenali dengan keistimewaan 10 malam terakhir, bulan Zulhijjah pula mempunyai keistimewaan pada 10 hari terawal sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Fajr yang bermaksud “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijjah).

Seandainya kita tidak berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji di bulan ini, masih terdapat pelbagai amalan yang disarankan untuk kita melakukan amal soleh sebanyaknya, seperti:

Kelebihan Bulan Zulhijjah: Amalan & Fadhilat Pada 10 Hari Terawal - (2)
Kelebihan Bulan Zulhijjah: Amalan & Fadhilat Pada 10 Hari Terawal - (3)

1. Anjuran Untuk Tidak Memotong, Mencabut Dan Mencukur Rambut, Bulu Mahupun Kuku Ke Atas Orang Yang Melakukan Ibadah Korban

Sunat untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku bagi orang yang melakukan ibadah korban bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai haiwan korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.” (HR Muslim, hadis sahih)

2. Berpuasa Pada Hari Arafah

Selain daripada mengamalkan puasa sunat Isnin Khamis dan hari putih, kita digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah iaitu bersamaan 9 Zulhijjah. Ia adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardhu bagi umat Islam yang menunaikan ibadah haji.

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.” (HR Muslim, hadis sahih)

3. Perbanyakkan Berdoa Dan Saling Mendoakan Antara Satu Sama Lain

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud; “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku ialah, tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (HR Al-Tirmizi, hadis hasan)

4. Menghidupkan Suasana Hari Raya Dengan Takbir

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; “Kamu hiasilah hari raya dengan takbir.”

Terdapat dua jenis takbir pada hari raya:

  1. Takbir Mursal atau Mutlaq – Bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya.
  2. Takbir Muqayyad -Bermula dari solat Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).

5. Perbanyakkan Berzikir

Hadis Nabi Muhammad SAW: “Tidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini (10 hari awal Zulhijjah). Oleh sebab itu perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” (HR Ahmad, hadis sahih)

6. Perbanyakkan Sedekah Dan Menghubungkan Silaturahim

Daripada Abu Umamah Al-Bahili berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang melakukan kebaikan akan memelihara diri mereka dari nasib buruk. Sedekah secara rahsia menghapuskan kemurkaan Tuhan dan silaturahim pula menambahkan umur.” (HR Al-Thabarani, hadis hasan)

7. Mentadabbur Ayat Al-Quran

Tadabbur bermaksud menghayati atau merenung kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran sewaktu membacanya.

Firman Allah SWT: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (Surah Al-Nisa’: 82)

8. Mendirikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tidak Menjamah Makanan Sebelumnya

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a., dia berkata: “Ketika Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah SAW keluar menuju tempat solat (lapangan), dan pertama kali yang beliau kerjakan adalah solat hingga selesai.” (HR Al-Bukhari, hadis sahih)

9. Melakukan Ibadah Korban Bagi Yang Mampu

Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (HR Al-Tirmizi, hadis hasan)

10. Makan Daging Korban Dan Berikan Kepada Asnaf Fakir Miskin

Bagi mereka yang bukan melakukan ibadah korban nazar atau korban wajib, disunatkan untuk memakan sedikit daging korban sebagai sekadar mengambil berkat dan menyedekahkan bakinya kepada golongan fakir miskin.

Firman Allah SWT: “Maka makanlah sebahagian daripadanya (haiwan korban) dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Surah Al-Hajj: 28)

Menurut Imam Ibnu Hajar: “Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari terawal Zulhijjah lebih utama dari hari yang lain kerana ia menghimpunkan semua amalan utama dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Terhimpunnya amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.” (Fath Al-Bari, sanad hasan)

Walau bagaimanapun, masih banyak lagi ibadah sunat lain yang boleh kita lakukan di bulan Zulhijjah ini, namun berikut adalah antara amalan yang boleh kita lakukan. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Kelebihan dan Hikmah Beramal Soleh Pada Bulan Zulhijjah

Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran dan Assunnah yang menjelaskan kepada kita mengenai amal-amal soleh yang boleh kita laksanakan pada 10 awal Zulhijjah. Fadhilat melaksanakan amalan soleh pada hari-hari ini adalah sangat besar. Di antaranya ialah:

1. Penghapusan Dosa

Amalan soleh yang dilakukan pada 10 hari pertama Zulhijjah akan menghapuskan dosa-dosa. Ini berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa puasa pada hari Arafah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

2. Meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan

Dengan melaksanakan amalan-amalan soleh, keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah akan semakin meningkat. Amalan seperti berpuasa, berzikir, dan menyembelih korban adalah cara-cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan ketakwaan.

3. Memperoleh Pahala Berlipat Ganda

Amalan soleh pada hari-hari ini lebih dicintai oleh Allah dan ganjarannya adalah berlipat ganda. Rasulullah SAW bersabda bahawa tidak ada hari-hari yang amal solehnya lebih dicintai oleh Allah selain daripada 10 hari pertama Zulhijjah.

4. Mendapat Syurga

Bagi mereka yang melaksanakan haji mabrur, ganjarannya adalah syurga. Ini berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga.

5. Meningkatkan Hubungan Silaturrahim

Amalan seperti menyembelih korban dan menjamu orang lain dapat meningkatkan hubungan silaturrahim di kalangan umat Islam. Ini adalah masa untuk kita membantu mereka yang memerlukan dan mempereratkan tali persaudaraan.

Kesimpulan

Zulhijjah adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan. Sepuluh hari pertama dalam bulan ini adalah waktu yang sangat dianjurkan untuk kita memperbanyakkan amal soleh.

Dengan melaksanakan amalan-amalan yang dianjurkan seperti berpuasa, berzikir, menyembelih korban, dan lain-lain, kita akan memperoleh ganjaran yang besar di sisi Allah.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal soleh pada 10 hari yang terawal dalam bulan Zulhijjah ini kerana terdapat banyak kelebihan dalamnya. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan hamba Allah yang mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya.

Sumber Rujukan

Kelebihan Bulan Zulhijjah: Amalan & Fadhilat Pada 10 Hari Terawal - (2024)
Top Articles
Steven Jeffers Obituary Iowa
Paito Macau 13.00
Pollen Count Centreville Va
Friskies Tender And Crunchy Recall
Toa Guide Osrs
Craigslist Pets Longview Tx
Cooking Chutney | Ask Nigella.com
Http://N14.Ultipro.com
Trabestis En Beaumont
Tesla Supercharger La Crosse Photos
Beautiful Scrap Wood Paper Towel Holder
Call of Duty: NEXT Event Intel, How to Watch, and Tune In Rewards
Minn Kota Paws
Citi Card Thomas Rhett Presale
Progressbook Brunswick
Comenity Credit Card Guide 2024: Things To Know And Alternatives
Oriellys St James Mn
Mission Impossible 7 Showtimes Near Regal Bridgeport Village
Used Drum Kits Ebay
Nail Salon Goodman Plaza
The Grand Canyon main water line has broken dozens of times. Why is it getting a major fix only now?
Shasta County Most Wanted 2022
Lcwc 911 Live Incident List Live Status
Full Standard Operating Guideline Manual | Springfield, MO
Www.publicsurplus.com Motor Pool
Indystar Obits
Beverage Lyons Funeral Home Obituaries
Criterion Dryer Review
Villano Antillano Desnuda
Receptionist Position Near Me
Wonder Film Wiki
Taylored Services Hardeeville Sc
10 Best Quotes From Venom (2018)
A Plus Nails Stewartville Mn
Rlcraft Toolbelt
Emiri's Adventures
Chase Bank Cerca De Mí
Nsu Occupational Therapy Prerequisites
How to Destroy Rule 34
Empires And Puzzles Dark Chest
Daly City Building Division
The Banshees Of Inisherin Showtimes Near Reading Cinemas Town Square
Henry Ford’s Greatest Achievements and Inventions - World History Edu
Carteret County Busted Paper
Craigslist Farm And Garden Reading Pa
Saline Inmate Roster
814-747-6702
Backpage New York | massage in New York, New York
Page 5747 – Christianity Today
Google Flights Missoula
Lsreg Att
Nkey rollover - Hitta bästa priset på Prisjakt
Latest Posts
Article information

Author: Jamar Nader

Last Updated:

Views: 5855

Rating: 4.4 / 5 (75 voted)

Reviews: 90% of readers found this page helpful

Author information

Name: Jamar Nader

Birthday: 1995-02-28

Address: Apt. 536 6162 Reichel Greens, Port Zackaryside, CT 22682-9804

Phone: +9958384818317

Job: IT Representative

Hobby: Scrapbooking, Hiking, Hunting, Kite flying, Blacksmithing, Video gaming, Foraging

Introduction: My name is Jamar Nader, I am a fine, shiny, colorful, bright, nice, perfect, curious person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.