#7020: Khutbah-Khutbah Haji: Wajibkah Disampaikan oleh Pemerintah? - Maktabah al Bakri (2024)

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri, Persoalan ini khususnya untuk Khutbah 7 Zulhijjah, Hari Nahr dan Hari Nafar Awal. Adakah ketiga-tiga khutbah ini hanya boleh dibuat oleh pemerintah?

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Amma ba’d:

Kami mulakan dengan membawa firman Allah SWT dalam al-Furqan selepas memohon perlindungan-Nya daripada segenap keburukan, firman-Nya:

وَأَتِمُّوا۟ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah perlaksanaan ibadah Haji dan ‘Umrah dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.”

(Surah al-Baqarah: 196)

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa sesiapa yang melaksanakan ibadah Haji atau Umrah, wajiblah ke atas dirinya untuk melaksanakan semua rukun dan wajib Haji, serta mestilah memenuhi tuntutan sunnah yang digalakkan di dalam Manasik Haji. Imam al-Qadhi Abu Muhammad al-Baghawi berkata ketika menafsirkan ayat suci di atas di dalam tafsir beliau: “Para ulama berbeza pendapat tentang arahan al-Itmam (menyempurnakan) di dalam ayat ini, sebahagiannya berkata: Iaitu mesti menyempurnakan semua manasiknya, mematuhi semua aturannya, melaksanakan semua sunnahnya. Ini adalah pendapat Ibn ‘Abbas, ‘Alqamah, Ibrahim al-Nakha‘i dan Mujahid.” (Lihat Ma‘alim al-Tanzil, 1/241)

Berhubung dengan soalan yang diajukan kepada kami, termasuk dalam sunnah Haji adalah perlaksanaan khutbah-khutbah Haji. Khutbah ini ada empat, disunatkan dan mesti dilaksanakan oleh pemimpin Jemaah Haji. Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Idhah, beliau berkata:

“Semua sekali khutbah-khutbah Haji itu ada empat khutbah: Yang pertama, khutbah pada hari-7 (Zulhijjah) di Makkah. Kedua, khutbah pada hari Arafah. Ketiga, khutbah pada Hari Nahr di Mina. Keempat, khutbah pada hari nafar awal di Mina juga. Di dalam setiap khutbah ini mestilah berisi ajaran tentang tatacara perlaksanaan Manasik Haji serta hukum-hakamnya sehinggalah tempoh khutbah seterusnya; semuanya dilakukan sebanyak satu khutbah sahaja dan selepas Solat Zohor, melainkan khutbah di Arafah; ia dilaksanakan sebanyak dua khutbah dan sebelum Solat Zohor.” (Lihat al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah, hlm. 264-265)

Kesimpulannya adalah seperti berikut:

  1. Khutbah pada 7 Zulhijjah di Makkah al-Mukarramah.
  2. Khutbah pada 9 Zulhijjah (Hari Arafah) di ‘Arafah.
  3. Khutbah pada 10 Zulhijjah (Hari Nahar) di Mina.
  4. Khutbah pada 12 Zulhijjah (Hari Nafar Awal) di Mina.

Khutbah Haji

Isi Kandungan Khutbah
Khutbah Hari al-Zinah (7 Zulhijjah)Khutbah untuk menyeru agar jemaah Haji bersiap sedia untuk menuju ke Mina pada esok hari, 8hb Zulhijjah; serta menjelaskan ibadah Haji yang akan dilaksanakan sehingga 9hb Zulhijjah.
Khutbah Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah)Khutbah sebelum Zohor; sama hukumnya seperti khutbah Jumaat, berpesan ke arah taqwa dan kebaikan, menjelaskan berkenaan ibadah Haji yang akan dilaksanakan selepas itu (sehingga esok).
Khutbah Hari Nahar (10 Zulhijjah)Penjelasan tentang ibadah Haji yang akan dilaksanakan selepas itu (sehingga 12 Zulhijjah) dan soal jawab berkenaan Fiqh Manasik Haji.
Khutbah Hari Nafar Awal (12 Zulhijjah)Penjelasan tentang ibadah Haji yang akan dilaksanakan selepas itu (hingga selesai Haji) dan soal jawab berkenaan Fiqh Manasik Haji.

Berhubung soalan di atas, secara asalnya, khutbah-khutbah Haji ini harus disampaikan oleh Imam iaitu pemimpin umat Islam. Namun, pemimpin boleh melantik seorang amir al-Haj (pemimpin Jemaah Haji) sebagai wakilnya untuk menyelia dan menyelenggara urusan Jemaah Haji bagi menggantikan dirinya (pemimpin umat Islam) yang tidak hadir.

Imam Muhyiddin al-Nawawi memfatwakan demikian di dalam kitab al-Idhah: “Dan ketahuilah bahawa dianjurkan (mustahab) bagi Imam yang merupakan pemimpin, jika dia sendiri tidak hadir dengan dirinya ketika sepanjang musim Haji, hendaklah dia melantik wakilnya berupa pemimpin Jemaah Haji. Sekalian jemaah hendaklah mematuhi arahan wakil pemimpin ini. Dan hendaklah pemimpin atau wakil pemimpin ini menyampaikan khutbah-khutbah Haji tersebut.” (Lihat al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah, hlm. 264)

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari juga memfatwakan sedemikian di dalam kitab al-Asna: “[Dianjurkan bagi imam untuk menghadiri perlaksanaan Haji, atau pemimpin jemaah Haji] menghadiri perlaksanaan Haji, jika dia tidak hadir maka dianjurkan baginya untuk melantik seorang wakilnya berupa pemimpin jemaah Haji, dan sekalian mestilah mentaatinya dalam setiap arahan yang dia sampaikan mewakili pemimpin tertinggi. Rasulullah SAW pernah melantik ‘Attab bin Asid pada tahun ke-8H, dan melantik Abu Bakr pada tahun ke-9H, manakala pada tahun ke-10H Baginda sendiri memimpin perjalanan jemaah Haji ketika haji terakhir (hajjah al-Wada‘). Apabila salah seorang antara dua ini hadir, maka dia hendaklah menyampaikan khutbah seperti yang dinyatakan: [dan pemimpin atau wakilnya hendaklah menyampaikan khutbah] kepada mereka.” (Lihat Asna al-Matalib Syarh al-Raudh al-Talib, 1/485).

Kesimpulannya

Oleh yang demikian, berbalik kepada soalan di atas, kami katakan bahawa khutbah-khutbah Haji ini seeloknya disampaikan oleh pemimpin tertinggi negara yang turut bersama hadir menunaikan Haji bersama sekalian umat Islam. Sekiranya pemimpin tertinggi tidak dapat hadir, maka pemimpin tertinggi mestilah melantik wakilnya menjadi pemimpin jemaah Haji dan wakil tersebut perlu menyampaikan khutbah-khutbah Haji tersebut.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefaqihan dalam beragama, kekuatan untuk melaksanakan amal soleh, serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dialah jua yang menjaga dan memelihara orang-orang yang soleh.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ إني أسألُكَ مُوجِباتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلامَةَ مِنْ كُلِّ إثْمٍ، وَالفَوْزَ بالجَنَّةِ، وَالنَّجاةَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu segala asbab yang mewajibkan rahmat-Mu, dan segala sesuatu yang mendatangkan keampunan-Mu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dengan syurga dan berjaya selamat daripada api neraka.”

Wallahu a‘lam.

#7020: Khutbah-Khutbah Haji: Wajibkah Disampaikan oleh Pemerintah? - Maktabah al Bakri (1)

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Berkelulusan PhD dengan pengkhususan dalam bidang fatwa di USM, beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara, Anggota The Muslim Council of Elders (UAE), Anggota The Assembly of Muslim Jurists of America (USA), mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara guru beliau sepanjang pengajian di peringkat BA (Madinah) dan MA (Syria) adalah Syeikh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti, Syeikh Muhammad 'Ali Thani, Syeikh Rushdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti, Syeikh Dr. Muhsin al-'Abbad dan ramai lagi.

#7020: Khutbah-Khutbah Haji: Wajibkah Disampaikan oleh Pemerintah? - Maktabah al Bakri (2024)
Top Articles
Nyu Bursar Login
Dr John Artz Utah Veterinarian
My E Chart Elliot
Pinellas County Jail Mugshots 2023
How Much Does Dr Pol Charge To Deliver A Calf
Cash4Life Maryland Winning Numbers
Readyset Ochsner.org
Hotels Near 500 W Sunshine St Springfield Mo 65807
Women's Beauty Parlour Near Me
Computer Repair Tryon North Carolina
Minn Kota Paws
Corporate Homepage | Publix Super Markets
DIN 41612 - FCI - PDF Catalogs | Technical Documentation
Erin Kate Dolan Twitter
Wisconsin Women's Volleyball Team Leaked Pictures
Simon Montefiore artikelen kopen? Alle artikelen online
Bowlero (BOWL) Earnings Date and Reports 2024
Craigslist Mpls Cars And Trucks
Pac Man Deviantart
Tygodnik Polityka - Polityka.pl
Shasta County Most Wanted 2022
Royal Cuts Kentlands
Cta Bus Tracker 77
Indiana Wesleyan Transcripts
Iroquois Amphitheater Louisville Ky Seating Chart
Ivegore Machete Mutolation
Xfinity Outage Map Fredericksburg Va
Craigslist Battle Ground Washington
[PDF] PDF - Education Update - Free Download PDF
When Does Subway Open And Close
Acurafinancialservices Com Home Page
Experity Installer
Deepwoken: Best Attunement Tier List - Item Level Gaming
How Much Is An Alignment At Costco
Mrstryst
Rust Belt Revival Auctions
Weekly Math Review Q4 3
Carespot Ocoee Photos
Is Arnold Swansinger Married
Jail View Sumter
Bones And All Showtimes Near Johnstown Movieplex
Dee Dee Blanchard Crime Scene Photos
SF bay area cars & trucks "chevrolet 50" - craigslist
Below Five Store Near Me
Windshield Repair & Auto Glass Replacement in Texas| Safelite
Fool's Paradise Showtimes Near Roxy Stadium 14
Unit 11 Homework 3 Area Of Composite Figures
Ratchet And Clank Tools Of Destruction Rpcs3 Freeze
Dicks Mear Me
Unpleasant Realities Nyt
Causeway Gomovies
Myhrkohls.con
Latest Posts
Article information

Author: Dr. Pierre Goyette

Last Updated:

Views: 5845

Rating: 5 / 5 (70 voted)

Reviews: 85% of readers found this page helpful

Author information

Name: Dr. Pierre Goyette

Birthday: 1998-01-29

Address: Apt. 611 3357 Yong Plain, West Audra, IL 70053

Phone: +5819954278378

Job: Construction Director

Hobby: Embroidery, Creative writing, Shopping, Driving, Stand-up comedy, Coffee roasting, Scrapbooking

Introduction: My name is Dr. Pierre Goyette, I am a enchanting, powerful, jolly, rich, graceful, colorful, zany person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.